Negara Lituania

Negara Lituania

daftarnegaradidunia.web.id – Negara Lituania, Sebuah negara di Eropa bagian timur laut. Lituania merupakan salah satu dari tiga Negara Baltik yang dekat dengan Laut Baltik. Negara ini berbatasan dengan Latvia di sebelah utara, Belarus di tenggara, Polandia di selatan, dan Oblast Kaliningrad milik Rusia di barat daya.

Sejak zaman neolitik penduduk peribumi Lithuania tidak digantikan oleh mana-mana kumpulan etnik,jadi besar kemungkinan penduduk Lithuania sekarang mempunyai genetik daripada nenek moyang mereka.Penduduk Lithuania tidak mempunyai perbezaan genetik yang agak ketara antara kumpulan etnik.

Baca juga : Negara Liechtenstein

Kajian pada 2004 mendedahkan MtDNA rakyat Lithuania mirip kepada orang Slavic dan Finno-Ugric yang tinggal di utara dan timur eropah.Kajian juga menunjukkan kromosom-Y orang Lithuania mirip kepada orang Latvia dan Estonia.

Berdasarkan anggaran pada tahun 2014,kumpulan umur penduduk ialah:0-14 tahun,13.5%(lelaki 243,001/perempuan 230,674);15-64 tahun:69.5%(lelaki 1,200,196/perempuan1,235,300);65 tahun dan keatas:16.8%(lelaki 207,222/perempuan 389,345).Umur median ialah 41.2 tahun(lelaki:38.5/perempuan:43.7).

Lithuani mempunyai kadar kelahiran yang rendah:jumlah kadar kelahiran di Lithuania ialah 1.59 kanak-kanak untuk setiap wanita(2015).Pada 2014,29% kelahiran adalah dari wanita yang tidak berkahwin.Umur semasa perkahwinan pada 2013 ialah 27 bagi wanita dan 29.3 bagi lelaki.

Etnik lithuania mewakili sekitar lima per enam daripada penduduk negara.Berdasarkan bancian pasa tahun 2011,populasi Lithuania 3,043,400, 84% daripadanya etnik Lithuania yang bertutur dalam bahasa Lithuania,bahasa rasmi negara.Etnik-etnik minoriti yang wujud ialah Poles(6.6%),Russia(5.8%),Belarus(1.2%) dan Ukraine(0.5%).

Poles merupakan etnik minoriti terbesar,tinggal di tenggara Lithuania.Etnik Russia pula minoriti kedua terbesar,tinggal di dua bandar.Mereka merupakan minoriti utama di Vilnius(14%) dan Klaipeda(28%), dan majoriti di bandar Visaginas(52%).Sekitar 3000 Roma tinggal di Lithuania, kebanyakannya di Vilnius,Kaunas dan Paneverys;pertubuhan mereka disokong oleh Jabatan Emigrasi dan Minoriti Negara.Selama berkurun,komuniti Tatar tinggal di Lithuania.

Bahasa rasmi ialah Bahasa Lithuania,bahasa lain seperti Russia,Polish,Belarus dan Ukrain dituturkan di bandar-bandar besar,di daerah Salcininkai dan Vilnius.Yiddish dituturkan oleh komuniti kecil Yahudi di Lithuania.

Berdasarkan bancian Lithuania pada 2001,sekitar 84% populasi bertutur dalam Bahasa Lithuania sebagai bahasa asli mereka,8% pula penutur Bahasa Russia dan 6% Polish.Berdasarkan kajian pada 2012,80% penduduk Lithuania boleh bertutur dalam Bahasa Russia dan 38% noleh bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Kebanyakan sekolah di Lithuania mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing pertama,tetapi pelajar juga boleh belajar Bahasa German,Francis dan Russia.Sekolah yang menggunakan Bahasa Russia dan Polish sebagai bahasa pengantar juga wujud di kawasan yang diduduki oleh etnik minoriti ini.

Related posts